Tuesday, 26 May 2015

Filled Under:

Mesti Tahu!! 7 Cara Nak Kutip Hutang Sekiranya Kawan Anda Jenis Liat Nak Bayar


Masa nak minta pinjam duit punyalah senang, tapi korang perasan tak bila sampai bab nak bayar balik, mesti liat je kan nak pulangkan semula.

Masalah paling utama adalah bagaimana cara untuk kita mendapat semula atau menuntut hutang berkenaan.

Haa, khas untuk korang yang sedang dilema macam mana cara terbaik untuk kutip hutang, nah, kami sediakan tips-tips menarik yang mungkin boleh diguna pakai.




1. KORANG PURA-PURA NAK PINJAM DUIT....


Cara yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar.

Contohnya, cuba korang minta pinjam duit daripada si penghutang, apabila dia meminta kembali wangnya, anda cakap je ‘tolak hutang kau ngan aku kelmarin’. Settle masalah!



2. BERGAUL MESRA DENGAN SI PENGHUTANG


Ini merupakan satu teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di laman sosial seperti Facebook Twitter dan Instagram.

Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra, bolehlah korang selitkan isu hutang tersebut.



3. SINDIRAN PALING ' TAJAM'


Cakap baik-baik pun tak makan saman kan..., apa kata korang gunakan kata-kata sindiran paling 'tajam' sekali untuk kawan korang tu.

Contohnya, post status atau di wall penghutang dengan ayat-ayat hikmah sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Agak-agak dia sentap, mesti akan dibayar nanti.



4. MARI BERPANTUN


Apa kata korang bagi kat si penghutang pantun ni :

Kerja keras pagi ke petang, untuk mencari wang berdozen.

Wahai kawan bila nak bayar hutang? Aku nak duit beli beg Frozen.



5. HANTAR SELFIE THEN BUAT AYAT KESIAN......




6. INVITE SI PENGHUTANG MAIN POKER KAT FESBUK....


Bila rakan korang bising-bising bertanyakan kenapa korang tak habis-habis invite dia bermain poker di Facebook, jawab je begini :

"Mana tau nasib kau menang banyak duit, bolehlah kau bayar hutang aku."



7. JANGAN MALU


Inilah dia perkara paling utama dalam meminta hutang. Jangan sesekali membiarkan malu mengatasi hidup anda.

Cuba korang fikir, si penghutang bukan main lagi update foto makanan sedap-sedap, bercuti sana sini. Tapi, hutang taknak bayar.

Untuk orang begini, tak perlu korang nak rasa segan minta hutang. Faham?
 
 




1 comments: