#$%MURAI Batu tak tahu nak cakap apa lagi pasal isu yang melibatkan aksi-aksi panas kat dalam online ni.
Rasa, bukan sekali dua benda ni berlaku pada bintang-bintang realiti yang baru nak naik dalam industri ni.
Tapi dah banyak kali dah. Tapi, masih ada jugak insan-insan yang tidak guna akal yang tetap nak lakukan benda-benda macam ni.
Lepas tu, bila mula nak ceburkan diri dalam bidang ini, aksi-aksi panas yang melibatkan bintang realiti ini terus diselongkar, didedahkan dan dipanas semula oleh pihak-pihak tertentu.
Siapa yang kena tanggung malu?
Macam yang berlaku kat seorang bintang realiti ni!
Program realiti yang melibatkan penyertaannya baru saja mula ditayangkan di skrin televisyen, tapi gambar panas masa lampaunya sudah pun tersebar meluas di serata alam.
Padahal gambar itu sudah lama diambil sejak beberapa tahun dulu.
Agaknya masa buat tu si bintang realiti ni tak fikir panjang.
Nak glamor punya pasal, dia sanggup beraksi panas.
Sampai, ianya jadi isu besarlah di dalam akhbar.
Tapi, bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya, terlajak perbuatan, diri binasa!
Sekarang ni, nak buat apa-apa pun tak guna. Sebab, benda dah berlaku. Nasi dah jadik bubur. Damage has been done.
Jadi, mahu tak mahu, si bintang realiti ni kenalah terima hasil dan kesan daripada perbuatan masa lampaunya.
Takpelah, kalau tak jadi bintang realiti pun tidak mengapa. Sebab dia ini pun sudah ada pekerjaan yang tetap. -Murai
Thursday, 28 May 2015
Filled Under:
2 Gambar 'Aksi Panas' Peserta Program Realiti Dibongkar Kembali!
Posted By:
Unknown
on 00:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment