Wednesday 27 May 2015

Filled Under:

10 Gambar Penemuan Kubur Pelarian Di Sempadan Malaysia Di Wang Kelian 'Perlis' Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...

Gambar Penemuan Kubur Pelarian Di Sempadan Malaysia Di Wang Kelian “Perlis”
#@Gambar Penemuan Kubur Pelarian Di Sempadan Malaysia Di Wang Kelian "Perlis"Wang Burma at the Malaysia-Thailand border outside Wang Kelian, Malaysia on Tuesday, May 26, 2015. Malaysian forensic teams exhumed a body from a shallow grave at an abandoned camp on Tuesday that was used by human traffickers, the first of what police predicted would be more grim findings as they combed through a cluster of jungle camps on the border with Thailand. (AP Photo/Joshua Paul)


Lagi menggemparkan, jejak mangsa-mangsa yang dipercayai berasal dari Myanmar dan Bangladesh itu ditemui dalam keadaan menghayat hati kerana mereka telah pun mati dan ditanam di dalam kubur-kubur di sekitar kawasan tersebut.
1
1
2
Isu tersebut dilaporkan telah berlaku bertahun-tahun di Thailand, namun dipandang sepi oleh pihak berkuasa di sana.
Namun awal bulan ini, selepas penemuan 32 jasad dipercayai etnik Rohingya yang dikuburkan di satu kem rahsia di wilayah Songkhla terbongkar ke pengetahuan umum, maka Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha mengarahkan siasatan dilakukan dengan tegas bagi mengenal pasti dalangnya.
50 pegawai polis yang bertugas di kawasan itu turut ditukar serta-merta kerana disyaki bekerjasama dengan rangkaian sindiket penyeludupan manusia dan bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Bukan itu sahaja, seorang ahli politik turut ditahan bagi membantu siasatan.
1
1
1
Mengambil inisiatif untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa, Malaysia turut mengerahkan 300 anggota pasukan komando VAT-69 menggeledah hutan tebal di kawasan sempadan.
Hasilnya 25 Mei lalu, beberapa minggu selepas penemuan tragik di Thailand, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat 139 kubur dan 28 kem penempatan pelarian dijumpai dalam kawasan sempadan Malaysia di Wang Kelian, Perlis.
Lantas itu, seramai 31 anggota unit forensik PDRM dibawa masuk ke kawasan tersebut dan bekerja keras menggali kubur-kubur bagi mengeluarkan mayat pelarian.
Mereka turut ditugaskan mengenal pasti asal-usul mangsa pelarian tersebut serta punca kematian mereka, sama ada dibunuh atau pun mati kebuluran.
Memasuki hari ketiga selepas pengesahan pememuan kubur dan kem di sempadan Malaysia, pihak berkuasa negara kini sedang melakukan rundingan bersama negara jiran bagi momohon kebenaran menggunakan jalan darat di bahagian Satun untuk mengakses ke tapak kejadian.
Ini kerana bentuk muka bumi di tapak kejadian di Bukit Wang Burma, Perlis menyukarkan pergerakan anggota forensik.
Kes berkenaan mendapat perhatian seluruh dunia dan operasi menggeledah kawasan sempadan turut disertai puluhan pemberita dari dalam dan luar negara.-sumber





0 comments:

Post a Comment