Wednesday, 27 May 2015
Filled Under:
Cerita Kamal Seorang Pemotong Rumput Dari Bangladesh Yang Pasti MENGEJUTKAN Anda Semua
Posted By:
Unknown
on 01:00
Semasa saya memasuki simpang untuk ke rumah ibu, ternampak dia sedang duduk di bahu jalan. Lagaknya seperti sedang melepaskan penat. Di sebelahnya ada mesin pemotong rumput. Mungkin dia sedang mencari rumah-rumah untuk ditawarkan khidmat .
Saya lepasi dia, dengan rasa yang berat.
Berat kerana, rumput di rumah memang sudah lama tidak diurus. Hampir 4 bulan!
Bertambah berat apabila melihat wajahnya yang seperti memohon simpati. Seakan tiada kerja untuk dia hari itu. Tiada kerja, maknanya tiada upah.
Saya ingat-ingat balik duit yang saya ada, ah masih ada lebih. Cukup untuk dibuat upah.
Saya yakinkan hati, “Ke rumah emak dahulu, balik ikut jalan yang sama. Jika rezeki saya, dia pasti masih di situ.”
Ternyata, dia memang masih ada di situ. Sudah rezeki dia, dan saya tidak tahu, saya juga akan beroleh rezeki yang lebih besar dengan dia.
Namanya Kamal.
Kamal tiba di rumah saya, memerhatikan persekitaran yang sesak dengan rumput. Dia memberi sebut harga yang lebih tinggi berbanding pemotong rumput saya yang lama.
Kami tawar menawar dan akhirnya dia setuju dengan harga lama, bersama sepotong ayat, “Nanti tiap bulan panggil saya juga ya!”
Saya berikan senyuman dan beliau teruskan kerja.
“Sudah berapa lama di Malaysia?” Basa basi biasa untuk berbual dengan orang asing.
“Saya sudah 9 tahun di sini. Sepenuh masa kerja ini. Anak sudah besar, seorang sudah kerja di Kuala Lumpur.”
“Wah! sudah balik Bangladesh?”
“Sudah! Banyak kali. Saya kerja di sini setahun, balik kampung, rehat dalam dua tiga bulan, kemudian datang balik di sini. Bayar masuk tinggi, RM4000 lebih!”
Potong rumput sekitar taman saya, dengan hanya berbasikal, selama sembilan tahun, boleh lakukan semua itu?
“Saya kadang di sini, kadang di Kuala Pilah. Semua ada, kereta, motorsikal. Kerja sendiri, susahlah mahu kerja dengan kompeni.”
Dia menyambung cerita, “Tinggal rumah sewa sebulan RM250 sahaja, sudah cukup, boleh bayar api, air.”
Saya kagum, dan pada ketika kerjanya selesai, upah sudah dia dapat, saya minta nombor telefonnya.
“Nanti sebulan ka, 3 bulan ka, setahun pun boleh, telefon saya juga ya, potong rumput!”
Dia berlalu dengan mengayuh perlahan basikalnya, meninggalkan satu pengertian baru dalam hidup saya. Waktu ada anak-anak ditanya gurunya, “Apa pekerjaan bapa kamu?”
Anak-anak di Malaysia dengan bangga menjawab nama jawatan besar bapanya, yang kini bekerja di luar negara. Anak-anak di Bangladesh pula menjawab dengan raut wajah yang menampakkan gigi, hati yang merindui bapa yang jauh, “Dia seorang pemotong rumput di Malaysia!”
Hari itu, saya juga beroleh rezeki itu. Rezeki untuk lebih bersyukur, rezeki untuk terus kagum dengan semua manusia, kerana setiap mereka ada kisah mereka yang tersendiri.
sumber FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment