Sunday, 28 June 2015

Suami Terkejut Beruk Apabila Tahu Punca Sebenar Isterinya Hantar Gambar Setiap Hari Kepadanya...




 Akhir-akhir ini, hampir setiap hari isterinya hantar gambar-gambarnya. Tak kiralah waktu di pejabat, waktu keluar dari rumah. Ke mana saja dia pergi, pasti isterinya itu akan hantar gambar.



Genaplah dua bulan isterinya berperangai begitu. Lelaki itu rasa, sebagai suami dia patut bertanyakan isterinya. Sebab, dia dah penat delete gambar-gambar yang memenuhi galeri henfonnya.


"Awak dah kenapa sebenarnya?


Setiap hari mesti awak hantar gambar. Lepas hantar gambar, awak suruh saya komen pula. Bila saya tak komen, awak merajuk. Bila saya kata tak lawa, awak merajuk lagi teruk.


Lima tahun kita kahwin, awak tak pernah macam ni. Awak ada masalah ke?"


Isterinya itu diam. Duduk depan suaminya. Kemudian, membalas ringkas,


"Kenapa, abang tak suka ke?"


Suaminya itu mood tak berapa elok. Dijawabnya secara terus,


"Rimaslah. Masa dekat pejabat pun nak hantar gambar. Awak tak payah hantar gambar pun takpe.


Kita dah kahwin, kan? Abang boleh balik tengok sendiri isteri abang ni di rumah.


Ni awak hantar macam-macam pesen gambar. Awak hantar gambar awak mekap tebal, gambar awak lukis kening tebal, mekap gaya Korea. Lepas tu, buat macam-macam gaya rambut. Panjang, pendek, ikal mayang, kerinting, rebonding semua awak buat.


Pakaian, semua awak try dari jeans, t-shirt budak-budak sampailah baju-baju model dalam Instagram tu semua awak nak beli, pakai dan tunjuk dekat saya.


Tu tak sebut lagi jenis tudung yang awak try. Belit tak belit, satin tak satin semua ada.


Kenapa jadi macam ni?


Abang tak ada mengurat sesiapa pun."


Isterinya itu terus menangis. Dengan air mata berlinangan, dia berkata,


"Saya buat semua ini untuk abang. Untuk jaga mata abang.


Bukan saya tak tahu, abang di pejabat abang online Facebook, online Instagram, layan Twitter. Saya nampak status-status abang update. Saya nampak gambar-gambar yang abang like.


Abang memang tak mengurat. Tapi, abang tak jaga mata abang. Abang tengok gambar-gambar wanita gedik di media sosial. Abang cuci mata puas-puas seperti abang seorang bujang.


Jadi, saya belanjakan sebahagian duit gaji saya untuk berhias. Saya tak berhias di luar rumah, saya cuma pakai di dalam rumah. Abang suka tengok wanita pakai ketat-ketat, saya pun boleh pakai. Abang suka tengok wanita-wanita jual tudung, saya pun boleh gayakan tudung sebagaimana mereka. Abang suka yang melukis kening, saya pun boleh. Abang suka yang berkulit putih melepak, saya pun dah consume ubat kecantikan sampai dah jadi putih gebu untuk abang. Abang suka tengok yang berpurdah, saya berpurdah untuk abang.


Saya tak mampu nak suruh semua wanita di media sosial itu berhenti bergedik, berhenti berlumba menayangkan kecantikan masing-masing. Berhenti dari bertabarruj. Berhenti jadi cantik demi populariti dan hurungan mata lelaki.


Saya cuma mampu jaga suami sendiri. Mata suami saya."


Suaminya itu tersentak mendengar jawapan si isteri. Dia terasa hati dan bangun dari tempat duduk, tapi segera diraih tangannya oleh isterinya.


"Maafkan saya.


Cita-cita abang dulu sebelum nikah adalah untuk ke Jannah. Ada isteri solehah. Inilah yang saya cuba lakukan untuk abang. Saya tak dapat jadi isteri solehah bila saya biarkan saja suami sendiri menjamu mata dengan melihat yang haram.


Sedangkan dia ada yang halal. Ada yang sah.


Abang, saya tak mampu sentiasa cantikkan diri untuk abang. Suatu hari, saya akan menjadi wanita tua berusia. Kulit saya akan kusam dan berkedut. Hidung saya akan sedikit jatuh, kelopak mata akan layu.


Maka, lihatlah saya ketika saya masih mampu cantik untuk abang.


Dulu, abang pilih saya sebagai isteri dan abang kata sayalah yang paling cantik di mata abang.


Jika saya yang tercantik di mata abang, buktikan dengan setiakan mata abang pada yang satu ini.


Bila suatu hari nanti saya dah tak lagi terlihat cantik di mata abang, mohon ada sedikit ruang dalam mata hati abang untuk masih menghargai diri ini.


Pada saya seorang wanita, sebagai isteri abang, hanya suaminya sahajalah yang teristimewa di mata.


Tiada lagi lelaki selainnya."


Isterinya itu menitiskan air mata sambil menyalami tangan suaminya. Lelaki itu mulai menyedari silapnya;


Nafsu mata tiada sudahnya. Imanlah jadi tembok tingginya. Isteri solehahlah pengawalnya.


Mata lelaki, walau sudah bernikah, bila selalu dibiarkan, akhirnya kamu para isteri yang akan terbiar dan dibiarkan. Bila tiada siapa mahu menjadi penjaga, maka syaitanlah yang akan mengambil tempatnya.


Bukan hati saja perlu setia.


Mata pun sama.


Oleh: Muhammad Rusydi


Friday, 29 May 2015

Jawapan Balas Dari JAKIM Isu Produk Ajinomoto Menggunakan Babi


Kuala Lumpur – Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, kenyataan berhubung Ajinomoto (Malaysia) Berhad menggunakan sumber khinzir dalam pemprosesan produknya adalah tidak benar.

Menurut Jakim, Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan serta pemantauan mengikut prosedur ditetapkan.

Pengguna juga boleh membuat semakan status halal di Direktori Halal Malaysia, melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

Dalam pada itu, Jakim menasihatkan orang ramai memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, sebelum menyebarkannya.

Syarikat pengeluar produk perasa makanan dari Jepun itu, Ajinomoto memohon maaf kepada umat Islam di Indonesia atas penggunaan enzim khinzir dalam produk penambah perasanya pada 2001.

Produk Ajinomoto itu dilaporkan mengandungi monosodium glutamate (MSG) yang mempunyai enzim khinzir, menyebabkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pemimpin agama Islam mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan penggunaannya.

Bagaimanapun, berita itu kembali menjadi viral, selepas ia dikongsi semula pengguna media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna produk tersebut.
 
 


Iphone Ini Telah Terjatuh Ke Dalam Laut Dan Apa Yang Dirakamkan Pasti Mengejutkan Anda...

Iphone Jatuh Ke Dalam Laut Dan Merakam Segala-Galanya



Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Unilad.co.uk
Gregory Papadin, seorang lelaki dari San Diego, California telah berenang di lautan apabila iPhone 5 beliau terlepas dari pegangan dan jatuh ke bahagian bawah lautan.

Setahu kita, iPhone bukanlah satu jenama atau produk yang kalis air, sama seperti telefon bimbit yang lain. Nasib baik menyebelahi Greg, kapten kapal yang membawanya menyelam ke bawah dan berjaya mencari telefon pintar tersebut dan mengembalikannya kepada tuannya.

Apa yang lebih mengagumkan adalah kamera telefon pintar ini berada dalam mode on dan ianya merakamkan segalanya hingga ke dasar laut. Walaupun video yang dihasilkan sedikit bergegar dengan arus air namun ianya sempat merakam ikan dan orang berenang dengan kilauan cahaya dari jauh.
 

Pengguna iPhone agak-agak berani untuk menggunakan telefon anda di dalam air seperti aPengguna iPhone agak-agak berani untuk menggunakan telefon anda di dalam air seperti Greg? Mesti tak bukan. Telefon terkena titasan air hujan saja sudah risau bukan kepalang apatah lagi untuk masuk ke dalam laut. Lelaki ini bernasib baik. 
 


Mesti Tengok Apa Yang Uniknya Dengan Rumah Di Jepun Ini (12 GAMBAR)

Unik, rumah ini lain daripada rumah yang anda pernah lihat. Jika, biasanya sebuah rumah bertingkat selalu dilengkapi dengan tangga yang megah, rumah unik di Jepun ini malah menggunakan panjat dinding (wall climbing) untuk naik ke tingkat berikutnya dalam rumah tersebut.

Dengan tujuan supaya pemilik rumah menjadi lebih aktif dan boleh bersenam sederhana, tembok rumah unik ini dijadikan seperti sarana sukan panjat dinding (wall climbing). Jadi, penghuninya perlu memanjat tembok tersebut jika hendak naik ke tingkat atas .

Rumah yang diberi nama "3way House" ini dibina oleh syarikat arkitek dan reka bentuk Naf. Tidak ada anak tangga dalam rumah bertingkat ini. Selain, dinding untuk memanjat, ada sebuah tangga tunggal sederhana yang disandarkan dari tingkat 1 ke tingkat 2. Untuk naik ke tingkat atas, penghuni harus memanjat dinding yang sudah disediakan itu. Dinding rumah unik ini dibina setinggi 7 meter untuk menyambungkan bilik tidur, ruang tamu, hingga ke atap rumah. Sebenarnya, bumbung rumah tersebut juga mirip seperti sebuah bilik, hanya tidak mempunyai bumbung yang menutupinya. Dinding panjat itu diletakkan di tengah-tengah laman rumah tersebut.

Meskipun rumah ini kelihatan sederhana pada bahagian luarnya, jika ke bahagian dalamannya, semua orang pasti akan terkagum dengan reka bentuk yang unik rumah tersebut. Berikut adalah foto-foto bahagian dalam rumah unik tersebut.






Reaksi Cool Datuk Siti Dan Datuk K Untuk 'Blogger Tak Sekolah' Yang Mengejutkan Anda




Semalam Datuk Siti Nurhaliza memuatnaik satu posting tentang luahan rasa kecewanya terhadap sebuah blog tempatan yang menyebarkan fitnah kononnya beliau sudah bercerai dengan Datuk K.

Hari ini penyanyi berkenaan memuatnaik satu gambar terbaharu di laman Instagram bersama suaminya dengan kapsyen sempoi 'blogger tak sekolah'.

Kedua-duanya saling berpegangan tangan dan tersenyum bahagia.

"Bila tak ready ini la jadinya..suami saya plak sempat buat pose utk ‘blogger tak sekolah’ tuu. Terima kasih semua yg prihatin pada kami berdua.. Doakan yg baik2 buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada Kalian semula… Bulan ramadhan pun semakin dekat.. Sama-samalah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada Allah SWT.. Kita hambaNYA yg lemah & tak sempurna??," demikian memetik posting Siti hari ini.

Mendalam sekali mesej Siti kepada pihak yang suka menyebarkan fitnah penceraiannya. Sedangkan pasangan ini hidup bahagia macam biasa, kan? -Siakapkeli.my


Inilah Punca Sebenar P.Ramlee Jatuh Miskin Sebelum Akhirnya Meninggal Dunia

 
 Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.

P. Ramlee : Genius Yang Tragik
Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.
Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.
Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.
Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.
Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:
“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!”
Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.
Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.
Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:
“The pain passes; but the beauty remains.”
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –


Ummi Nazeera Kongsi Cerita Apabila Kini Berhijab Yang Pasti Mengejutkan Anda...


Pelakon Ummi Nazeera mengakui setelah berhijab, dia berasa lebih selamat dan dihormati ramai malah dia juga menerima layanan baik daripada tenaga kerja produksi di lokasi penggambaran yang sentiasa menitik beratkan budaya sopan santun dan berhati-hati.

“Alhamdulilah, perubahan yang saya alami sekarang ini telah memberikan respon yang lebih positif dalam kehidupan serta karier saya. Apabila saya di set penggambaran, cara percakapan oleh krew produksi lebih tertib dan berhati-hati serta sentiasa memohon kebenaran saya, sama ada babak itu saya selesa atau pun tidak,” ujar Ummi kepada dipetik daripada portal Murai.
Selain itu, Ummi juga melihat banyak perubahan positif di dalam industri hiburan tanah air terutamanya daripada bakat-bakat baru yang dilahirkan selain menyatakan bahawa kebajikan para pelakon juga perlu diambil berat.
“Banyak perubahan dalam industri kita, saya mula berlakon pada usia 16 tahun, jadi perkembangan positif itu saya dapat merasainya, lebih-lebih lagi mengenai talent. Kebajikan para pelakon juga kini semakin dititik beratkan agar industri kita terus kekal relavan,” katanya