Sunday 28 June 2015

Filled Under:

Kes Dera Kanak-Kanak 5 Tahun : Ibu Tiri Dan Bapa Kandung Sudah Dicekup Pihak Berkuasa....


Dua ‎suspek kes dera budak perempuan, 5, iaitu ibu tiri, 25 dan bapa kandungnya, 39, ditahan di depan restoran di Kota Bharu jam 9 malam tadi, laporan sebuah portal.

Kedua-dua suspek diburu pihak polis bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kanak-kanak Nur Zuliana Zaara diperlakukan dengan kejam selepas menjadi mangsa dera dan berkemungkinan hidup dalam kecacatan sepanjang hayatnya.

Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya Sana Abdul Malek, 28, dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut selain kepalanya luka manakala belakangnya pula membongkok dipercayai akibat‎ patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Sementara itu, memetik laporan Bernama semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran.

"...tetapi kita akan mendapatkan bantuan daripada Polis Diraja Thailand bagi mengesan suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera," katanya.


AKAN MENYUSUL




1 comments:

  1. Perenggan pertama..ibu tiri n bapa sudah ditahan.
    .perenggan akhir plak akan memdapat bantuan utk mmburu mangsa..yg mana satu betul..adoi..artikel mcm ape da

    ReplyDelete