Tuesday, 30 June 2015
Najib - Kenaikan Harga Minyak Adalah Proses Untuk Kesejahteraan Rakyat
Posted By:
Unknown
on 22:28
$%Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.
Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.
"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini.
Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.
"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.
Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.
Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. - BERNAMA
Artikel Penuh: Sumber
Update : RON95, RON97 naik, diesel kekal
Posted By:
Unknown
on 07:57
#$Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.
“Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, harga baru RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini,” katanya. - Bernama
Ahmad Maslan : Harga barangan di pasaran akan stabil
Posted By:
Unknown
on 01:58
$%Harga barangan di pasaran dijangka stabil memandangkan stok barangan yang dikenakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) telah habis, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Oleh itu, katanya, peniaga tiada lagi sebarang alasan untuk menjual barangan pada harga yang tinggi.
"Kestabilan harga barangan itu juga disebabkan para peniaga mula percaya kepada sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mereka telah memperolehi tuntutan input cukai," katanya kepada Bernama, semalam.
Selain itu, sikap pengguna yang berhati-hati dan menangguhkan pembelian turut menyebabkan kemerosotan permintaan terhadap barangan, katanya.
Ahmad berkata, keberkesanan aspek penguatkuasaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam memastikan akta kawalan harga dan anti pencatutan, turut memberi kesan dalam usaha kawalan harga barangan.
-Bernama
Hadiah Hari Lahir TMJ Yang Pasti Mengejutkan Semua Orang...
Posted By:
Unknown
on 01:46
#$Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.
Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.
Di sebelah kiri dan kanan mereka dihiasi jambangan bunga dan belon yang berwarna-warni bagai menggambarkan majlis penyerahan jet tersebut diadakan secara rasmi walaupun dilihat dibuat secara ringkas.
Dalam gambar yang lain, kelihatan Tengku Mahkota menuruni tangga jet sambil diperhatikan oleh juruterbang dan beberapa petugas kabin. Beliau juga sempat bergambar dengan mereka sambil memegang kad ucapan hari lahir.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis baginda dalam laman sosial itu.
Bagaimanapun Tengku Ismail menulis bahawa beliau berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri itu di samping menghulurkan sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menerima nasihat baginda Sultan Johor.
"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.
"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulis baginda lagi.
Rata-rata pengunjung laman sosial turut meraikan kegembiraan itu di samping mendoakan baginda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.-malaysiakini
Saya Takkan Benarkan Najib Berundur - Rosmah
Posted By:
Unknown
on 01:26
Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin menolak cadangan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar seseorang perdana menteri dipilih secara terus oleh pengundi.
Kadir berkata, perlembagaan negara tidak membenarkan perdana menteri dipilih dengan cara itu dan itu bukanlah satu masalah.
"Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.
"Masalahnya, kita ada (Datuk Seri) Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...
“Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor),” kata Kadir.
Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir juga menjelaskan bahawa Tengku Razaleigh tidak bermaksud bahawa pemilihan perdana menteri itu mengikut cara sebuah negara republik.
Beliau juga memberi peringatan kepada pihak yang mengulas isu tersebut supaya berhati-hati kerana ia boleh menyentuh ruang hasutan.
Mengikut konvensyen, perdana menteri Malaysia dilantik dari kalangan MP yang mendapat kepercayaan ahli Dewan.
Pelantikan itu dibuat oleh ketua negara, Yang di-Pertuan Agong Perdana Menteri Malaysia atas perkenan baginda.
sumber
Isteri Ustaz Rentung Akibat Dipanah Petir Ketika Berzina Dengan Lelaki Lain
Posted By:
Unknown
on 01:12
gambar hiasan
#$Hashim merupa kan seorang ustaz di sebuah daerah,mempunyai perwatakan yang baik,di kampung beliau mengajar anak-anak mengaji,dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada,manakala suami nya hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok,namun kebahagian mereka terserlah,dan mereka di kurnia kan seorang anak perempuan berusia setahun,pada awalnya Hashim agak hairan kerana anak nya mempunyai rupa yang berbeza,serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedang kan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya,dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung anak nya mancung.kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat,Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.
Hashim akan berada di rumah ketika malam sahaja,kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar,maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah,sehingga lah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan,sehingga tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital.
selama empat bulan baru lah Hashim sedarkan diri.ketika balik,Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua.seminggu selepas itu Hashim memula kan tugas nya iaitu mengajar di pondok,seperti biasa,sehingga ke malam baru lah Hashim balik kerumah,malam itu lah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik.sehingga Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah,Hashim bangun dan mencari isteri nya,ternyata isterinya muntah dan memberitahu Hashim kepala nya sakit,
keesokan nya Hashim mengambil cuti dan membawa isteri nya ke klinik berhampiran kampung mereka,setelah di periksa,dokter memngucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan !.Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan,ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim,sehingga si isteri Hashim sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka,perwatakan baik dan sopan santun yang selama ini di percayai dan di bangga kan oleh Hashim hilang sekelip mata,kerana Hashim mula mencurigai isterinya,sehingga lah Hashim berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anak Hashim.
keesokan harinya,waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai,namun Hashim gagah kan langkah menuju ke pondok mengguna kan baju kalis hujan,walaupun guruh berdentum di langit,Hashim tetap ke pondok untuk mengajar,kerana kewajiban.ketika mengajar sekitar pukul dua petang,Hashim telah di kejutkan dengan satu panggilan,dari ayah nya,di talian Hashim di minta untuk balik secepat mungkin,kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.
Hashim meletak kan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan,ketika tiba di rumah,dalam keadaan basah kuyup,Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertua nya turut ada di rumah,selepas memberi salam,Hashim mendukung anak perempuan nya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayah nya.namun ayah nya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri,ketika melangkah kedalam bilik tidur mereka,Hashim terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan rentung,dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloya kan.Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa.
Ibu mertua Hashim meraung menagis meratapi anak perempuan nya yang mati dalam keadaan mengaibkan,ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantu nya yang hamil,namun lain pula yang mereka temui.Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya.Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya,Hashim tidak menyangka isteri nya yang baik sanggup menikam diri nya dari belakang.
semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua,Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga,bersama kita mendoakan agar roh si isteri di ampun kan,dan di tempatkan di golongan orang orang yang beriman.(terima kasih untuk sumber,Haji Minhat)
Kata-kata BERANI Dari Sultan Brunei Kepada Media Barat Yang MENGEJUTKAN Dunia!!
Posted By:
Unknown
on 00:36
“DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.
“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.
“Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.
“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.
“Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.
“Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.
“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?
“Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman.
“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”
OLEH | Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Monday, 29 June 2015
Hassan Maliek : Harga Ayam Naik? Jangan Makan Ayam., Tukar Selera, Makan Daging dan Ikan
Posted By:
Unknown
on 23:06
$%Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama
Kes Dera Yaya : Jawapan Sebenar Kenapa Ibu Kandung Sanggup Serahkan Yaya Begitu Sahaja Kepada Bekas Suaminya?
Posted By:
Unknown
on 22:19
KOTA BHARU: Sana Abdul Malek, ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang teruk didera berkata, dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada suaminya apabila mereka bercerai pada 2013.
Dia yang berketurunan Thai-Muslim dan tinggal di Pasir Mas ini berkata, dia tidak tahan menjalani kehidupan berumahtangga dengan lelaki itu yang juga berketurunan sama.
"Saya tak tertanggung lagi untuk menjalani kehidupan dengannya; Saya terpaksa memberikan anak perempuan saya kepadanya sebagai syarat untuk bercerai, " kata Sana, 28, kepada The Star dalam satu temu bual telefon.
Dia menambah, keputusan untuk menyerahkan anak perempuannya adalah perjanjian peribadi dan bukan merupakan perintah mahkamah.
Sana menolak untuk menjawab soalan lanjut mengenai perkahwinan dan perceraiannya serta mengapa dia begitu terdesak untuk menamatkan perkahwinannya itu, lantas menamatkan temubual.
Doktor mendapati 13 tulang anak perempuan Sana telah patah selepas dia dimasukkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disyaki didera.
Sana berkata dia melihat kesan lebam di badan anaknya itu selepas isteri kepada bekas suaminya berkata mereka mahu menyerahkan semula anak itu kepadanya kerana mereka tidak dapat menjaganya lagi.
Namun, timbul lebih banyak persoalan mengenai ibu bapa kanak-kanak itu sejak siasatan bermula.
Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata kedua-dua ibu bapa ini adalah pendatang tanpa izin apabila kanak-kanak itu dilahirkan tetapi kini tidak lagi berstatus pendatang dan menetap di sini secara sah.
Menurut sumber hospital, rekod lahir kanak-kanak itu mencatatkan nama orang lain sebagai bapa.
Pada masa itu, lelaki itu adalah seorang rakyat Malaysia.
"Saya berasa pelik kenapa seorang ibu kandung sanggup menyerahkan anaknya begitu sahaja.
"Adalah menyedihkan anak yang dilahirkan miskin menjadi pajak gadai dalam perjanjian itu dan akhirnya dia disiksa dan dipukul dengan kejam.
"Saya seakan tidak percaya suspek, yang dikatakan sebagai bapa anak itu, akan membenarkan perkara ini berlaku," kata sumber itu.
Pada Isnin, budak perempuan berkenaan telah menjalani pembedahan kecemasan kerana ususnya berpintal.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata usus kanak-kanak itu mengalami masalah, iaitu berpintal sehingga mengakibatkan makanan tidak dapat bergerak dengan betul.
Dr Ghazali berkata dia telah dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 10.30 pagi Isnin dan pembedahan selesai satu jam kemudian. Keadaannya stabil dan dalam masa terdekat ini, dia tidak boleh makan apa-apa sehingga saluran usus itu pulih.
Ia adalah satu keadaan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu.
"Dia tidak akan dibenarkan untuk makan selama 24 jam.
"Pada masa ini, tiada siapa yang dibenarkan melawatnya kecuali ibunya tetapi kita lebih mengambil berat tentang tulangnya yang patah itu.
"Kita perlu menunggu sehingga dia boleh berjalan untuk mengetahui tahap kerosakan fizikal," katanya kepada pemberita di hospital itu.
kredit : mstar
Subscribe to:
Posts (Atom)